Sunday, 17 August 2014

KECANTIKAN

MCView blog

UCAPAN


Bismillahirrahmanirrahim
· Yang berusaha ……………………………… Pengetua
· Yang Berusaha, ……………………………, Penolong Kanan Pentadbiran,
· Yang Dihormati ……………………………., Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
· Yang Dihormati ………………………………., Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya  menyambut Hari Raya.
Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa
(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan ……………………………. yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun …………………………….
(4) DOA-Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz …………………………………bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz
….
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Pulut dihidang enak rasanya
lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan pengetua bermula bicara
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En……………………………., Pengetua …………………………….. untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk memotong lemang di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.
(6) JAMUAN
Ketupat lemang dodol tersedia
Satay utara tidak dilupa
Hidangan  tersedia di meja
Mari bersama menjamu selera
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
(7)
PERSEMBAHAN:
Mendaki bukit tidaklah susah
Sedang mendakikita berbicara
gembira bersama nikmati juadah
Persembahan pelajar memulakan acara
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.
{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan  terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.